Home > Blog > Paket Wisata > Pakej Pelancongan Kuching

Pakej Pelancongan Kuching

Pakej Pelancongan Kuching

Kuching, Sarawak terkenal dengan patung kucing adalah Ibu Negara Sarawak, sebuah bandar yang mempunyai banyak tarikan. Banyak tempat menarik di Kuching untuk tumpuan pelancong. Anda boleh mengembara sambil menghayati alam semulajadi dan budaya tempatan. Pengalaman percutian Anda di Kuching akan sukar dilupakan. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Kuching yang boleh Anda lawati.

1. Kuching Waterfront
Kuching Waterfront merupakan kawasan yang meriah digemari penduduk dan pelancong. Di sini Anda boleh menemui laluan pejalan kaki yang menawarkan pemandangan bangunan pencakar langit Astana atau Kubu Margherita (tapak bersejarah) yang megah.

2. Muzium Kucing
Haiwan kucing sangat simbolik dengan Kuching, Sarawak. Menurut kepercayaan masyarakat Malaysia dan Cina, kononnya kucing dikatakan sebagai haiwan yang membawa tuah. Muzium ini adalah muzium kucing pertama yang terdapat di dunia. Anda pencinta kucing? ini adalah tarikan yang unik, jom terjah muzium ini.

3. Taman Persahabatan Malaysia-China
Taman ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Anda akan melihat 14 buah Malaysia Murals yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia. Terdapat pula jambatan zig-zag, pondok rehat, perigi permintaan (wishing well), berinspirasikan Kunming dan Beijing, sebuah tugu yang berketinggian 20 kaki Laksamana Cheng Ho.

Itulah beberapa tempat menarik di Kuching yang ingin Amazing Team kongsikan. Jika anda ingin mencari Pakej Pelancongan Kuching merupakan pakej yang ideal untuk melancong ke Kuching Sarawak, Malaysia. Apabila masa dan bajet Anda terhad, Pakej Pelancongan Kuching 3 hari 2 malam sesuai untuk Anda. Anda dapat melawati tempat-tempat menarik di Kuching. Pelbagai tarikan dan pengalaman menarik, dari keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya, makanan dan kraf tempatan, sejarah dan warisan, hingga aktiviti-aktiviti rekreasi untuk semua orang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila contact kami:

Amazing Singkawang
0896-6666-4100

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *